PERNAH anda mendengar semasa pemancing menggunakan joran buluh dalam tahun lima puluhan, ukuran dilakukan dengan menjengkal joran dengan menggunakan tangan kanan. Ukuran yang dikira terbaik kepada joran berkenaan adalah pada bilangan ganjil. Ini satu kepercayaan pada ketika itu malah ukuran itu juga turut dilakukan oleh sesetengah pemancing veteran yang turut menganggap bahawa ukuran ganjil itu boleh mendatangkan hasil tangkapan yang lumayan.
Adakah anda percaya? Jika itu dijadikan satu amalan yang boleh mendapat rezeki yang lumayan mengapa hari ini rata-rata pemancing tidak melakukan ukuran menjengkal joran pancing sebelum membelinya dari jenama yang berbagai nama.
Justeru tentunya kepercayaan ini sudah tidak dapat dipakai lagi buat zaman pembangunan yang sudah serba moden ini, tapi apa pun kadang-kadang apa yang diamalkan dulu masih boleh diterima pakai sebagai petua seperti mendahului kaki kanan ketika melangkah ke luar dari rumah, membaca bismillah, tidak melangkah joran pancing, mesra dengan anak-anak dan isteri sebelum pergi memancing dan tidak digalakkan membawa kaki pancing yang panas baran, mulut celupar.
Perkara-perkara seperti ini harus difikirkan dengan teliti supaya tidak berlaku kesal jika berlaku sesuatu yang buruk yang melibatkan semua pemancing.
Kembali kepada menjengkal mengukur joran pancing, penulis sekali lagi merisik pendapat seorang nelayan veteran dari Jeram Sungai Buluh Selangor mengakui bahawa amalan itu sangat berguna ketika itu.
Ketika itu joran buluh dibuat sendiri, jadi untuk mendapatkan imbang ukuran antara joran dengan tali perambut yang biasanya tidak melebihi satu depa maka joran turut di potong menjadikan satu depa, itupun berpandukan pada ukuran genap atau ganjil. Joran itu dijemur hingga kering untuk dapat bertahan dengan aksi ikan besar.
Kepercayaan pada masa itu sangat tebal tentang menjengkal joran pancing lalu menjadi satu petua yang mesti di amalkan, tapi hari ini amalan itu sudah tidak diguna pakai lagi bertambah pula joran yang dibeli sudah lengkap dengan cincin di bahagian hujung, ini sukar untuk dipotong untuk mendapatkan ukuran ganjil.
Apa pun terpulang kepada anda sama ada hendak menggunakan joran buluh yang ukuran di jengkal atau menggunakan joran pancing yang sedia ada dari jenama terbaik lagi moden.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment